Hotlink Dan Grab Menawarkan Pokemobile Untuk Pemain Pokemon Go

Hotlink Dan Grab Menawarkan Pokemobile Untuk Pemain Pokemon Go

Diterbitkan pada Ogos 1, 2016 oleh .

Sejak permainan Pokemon Go dilancarkan, terdapat pelbagai kes pelik terjadi, dari penemuan mayat, rusuhan di dataran dan juga kemalangan yang berlaku kerana memainkan permainan ini sewaktu memandu. Dalam mencegah kejadian tersebut, Hotlink bekerjasama dengan Grab dan memperkenalkan Pokemobile.

Grab-PokeMobile-appPokemobile merupakan kenderaan Grab yang telah diubahsuai bagi memudahkan pengguna memburu Pokemon dan juga pergi ke tempat Pokestop. Pada kenderaan ini terdapat pengecas telefon bertemakan Pokemon dan juga iPad yang membantu pengguna serta pemandu mencari lokasi Pokemon. Tiada sebarang caj dikenakan oleh Grab untuk menggunakan Pokemobile.

Sebanyak 4 kenderaan Pokemobile akan disediakan Grab dan bagi pengguna Hotlink yang menaikinya, mereka akan memperoleh Pokecoins yang bernilai USD 100 menerusi Hotlink Cash Online. Dengan nilai ini, pengguna boleh memperoleh sehingga 14,500 Pokecoins. Sebagai perbandingan, dengan nilai ini pemain boleh membeli 145 Pokeball yang digunakan untuk menangkap Pokemon.

Selain dari itu, pengguna Hotlink juga akan memperoleh diskaun 10% untuk sebarang pembelian menerusi Hotlink Cash Online, dan tidak terhad kepada permainan Pokemon Go. Ia boleh diperoleh untuk sebarang pembelian pada permainan popular, seperti Clash of Clans dan juga Clash Royale.

Pokemobile -DSC_0878

Buat masa ini tiada sebarang pengumuman rasmi lagi mengenai kehadian Pokemon Go untuk pengguna Malaysia. Memandangkan terdapatnya pelayan (server) permainan Pokemon Go yang telah mula diwujudkan, dan dengan kerjasama Grab dan Hotlink ini mungkin menandakan penantian pelatih Pokemon tempatan sudah tidak lama untuk bermain permainan ini.

Maklumat lanjut: Hotlink x Grab Pokemobile


TIPS & ULASAN