LG V20 Akan Dilancarkan Pada Bulan September Ini Dengan Android 7.0
LG

LG V20 Akan Dilancarkan Pada Bulan September Ini Dengan Android 7.0

Diterbitkan pada Ogos 1, 2016 oleh .

LG telah memperkenalkan LG V10 pada tahun lepas, dan dipuji ramai sebagai antara telefon pintar yang baik. Namun, agak malang untuk pasaran Malaysia, memandangkan LG tidak begitu memfokuskan penawaran mereka untuk pasaran tempatan, kita tidak dapat melihat peranti berkenaan dilancarkan untuk pengguna Malaysia.

LG-V10-3

Kini, setahun selepasnya, LG mengumumkan mereka akan melancarkan LG V20 pada bulan September akan datang ini. Menariknya, telefon pintar ini juga akan menjadi yang terawal hadir dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat.

LG V10 sebelum ini telah mencuri perhatian dengan penawaran spesifikasi yang baik, selain pada masa yang sama hadir dengan skrin kedua dihadapan untuk memudahkan pengguna mengikuti beberapa informasi dengan pantas.

Pihak LG mengatakan mereka akan menawarkan lebih banyak sokongan multimedia melalui LG V20 ini, selain membawa standard baru dalam arena telefon pintar premium.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai spesifikasi dan ciri-ciri baru yang bakal dibawakan oleh LG V20 tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN