Cari @ Amanz

Didi merupakan perkhidmatan tempahan teksi dan kenderaan untuk dituju ke sesuatu kawasan yang sangat popular di China. Mereka sebelum ini telah menerima pelaburan daripada pihak Apple, dan hari ini, ia dilaporkan Uber China akan bergabung dengan Didi di China.

Menurut Bloomberg, melalui syarikat baru ini kelak, pelabur Uber akan menerima pegangan sebanyak 20% pada Didi – sekaligus menjadikan nilai keseluruhan Didi Chuxing di China melangkaui $35 bilion. Pada masa yang sama, Didi Chuxing juga dilaporkan akan membuat pelaburan sebanyak $1 bilion pada Uber.

Uber

Sekiranya transaksi ini menerima pengesahan pihak berkuasa, ia sekaligus akan menjadikan Didi Chuxing sebagai salah satu syarikat yang mempunyai pegangan pada pelbagai perkhidmatan tempahan kenderaan ke destinasi – termasuk Lyft, Ola dan juga Grab di Malaysia.

Penyatuan kedua-dua syarikat ini di China juga sekaligus mengurangkan persaingan – dan membolehkan mereka memfokuskan kepada penjanaan keuntungan. China merupakan salah satu pasaran yang sangat besar. Uber sendiri dikatakan telah membelanjakan lebih $2 bilion dalam memenangi pegangan di China, tetapi masih gagal dengan Didi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd