Google Kini Memaparkan Notifikasi Baru Apabila Akaun Diakases Pada Peranti Lain

Google Kini Memaparkan Notifikasi Baru Apabila Akaun Diakases Pada Peranti Lain

Diterbitkan pada Ogos 2, 2016 oleh .

Sejak tiga minggu kebelakangan ini beberapa akaun selebritiĀ  seperti Linus Tech Tips dan Boogie2988 berjaya digodam. Mereka bernasib baik kerana tiada video dipadam dan mereka berjaya mendapatkan semula akses akaun dengan pantas. Bagi mengelakkan kejadian akaun digodam, Google memperkenalkan paparan notifikasi pada peranti Android apabila akaun diakses pada peranti baru.

Android-Notifications-2

Menerusi paparan baru ini, pemilik akaun akan dapat mengetahui peranti baru yang digunakan serta masa akaun diakses. Ia muncul terus pada talam notifikasi dalam bentuk kad. Selepas notifkasi diterima mereka boleh membenarkan akses atau menekan butang “secure account” untuk menghalang akses. Sebelum ini Google memaklumkan pengguna secara emel apabila akaun diakses pada peranti baru. Ramai pengguna tidak menyedari maklumat ini kerana ia tersorok di dalam notifikasi emel. Sistem ini akan diperkenalkan secara beransur-ansur kepada kesemua pengguna dalam masa 14 hari.


TIPS & ULASAN