LG Mempatenkan Skrin Peranti Mudah Alih Ultra Lebar
LG

LG Mempatenkan Skrin Peranti Mudah Alih Ultra Lebar

Diterbitkan pada Ogos 2, 2016 oleh .

Saiz dan nisbah skrin peranti mudah alih berubah-rubah sejak ia mula dihasilkan 30 tahun yang lalu. Saiz skrin peranti paling paling popular sekarang ialah 5.5″ dengan nisbah 16:9. Ini bagi memudahkan pengguna menonton video yang distrim melalui perkhidmatan penstriman atas talian. LG mungkin mempunyai perancangan mengubah rekaan saiz skrin peranti dengan mempatenkan penggunaan nama “Ultrawide Mobile”.

Ultrawide Mobile LG

Ultrawide ialah nama yang digunakan untuk skrin dengan nisbah 21:9. Pada waktu sekarang skrin ultra lebar ini terhad kepada skrin komputer. Dengan paten yang difailkan ini mungkin peranti dengan skrin lebih panjang akan mereka hasilkan. Apakah saiz dan nisbah skrin yang paling selesa untuk pembaca Amanz? Bagi telefon pintar kami gemarkan nisbah 16:9 dan pada tablet pula 4:3. Kongsikan pendapat anda di bawah.


TIPS & ULASAN