Cari @ Amanz

Pada telefon pintar Android, kita mungkin sudah biasa dengan paparan kotak carian Google serta ikon untuk mengakses talam aplikasi pada skrin utama peranti. Perkara ini dilihat mungkin sedikit berbeza pada telefon pintar Nexus 2016 kelak.

Google Nexus LauncherMelalui laporan Android Police, ia dilihat Google akan hadir dengan Nexus Launcher pada telefon pintar Nexus 2016 yang membawakan beberapa perubahan pada paparan skrin utama.

Salah satu yang utama adalah ketiadaan lagi paparan ikon untuk mengakses talam aplikasi pada bahagian bawah skrin utama. Sebaliknya, pengguna boleh mengakses ia dengan tap pada skrin dan “tarik” ia ke atas. Sebuah ikon dengan tanda ke atas turut dipaparkan pada bahagian bawah skrin yang menandakan pengguna boleh menarik ia ke atas untuk mengakses talam aplikasi.

Disamping perubahan pada ikon talam aplikasi, pihak Google juga dilihat akan membuang kotak carian Google pada bahagian atas, sebaliknya menggantikan ia dengan sebuah tab kecil yang ditandakan dengan logo “G”. Pengguna boleh tap padanya untuk mengakses kotak carian seperti biasa. Dengan ini, Google dijangka dapat memasarkan lagi Google Assistant dan juga Google Now On Tap dengan lebih baik berbanding pada hari ini.

Perubahan ini dijangka akan diperkenalkan pada telefon Nexus 2016 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd