Samsung Gear VR Baru Hadir Dengan Sokongan Galaxy Note 7 Dan Telefon Samsung Sebelum Ini

Samsung Gear VR Baru Hadir Dengan Sokongan Galaxy Note 7 Dan Telefon Samsung Sebelum Ini

Diterbitkan pada Ogos 2, 2016 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk Samsung memperkenalkan aksesori baru bersama-sama dengan pengenalan telefon flagship mereka. Hari ini, bersama-sama dengan pengenalan Samsung Galaxy Note 7, Samsung turut memperkenalkan set realiti-maya yang diberikan nafas baru dan mengekalkan penggunaan nama lama, Gear VR.

Samsung Gear VR

Gear VR baru ini hadir dengan paparan pada sudut 101-darjah, dan seperti biasa dilengkapi dengan beberapa sensor dalam memberikan pengalaman realiti-maya yang baik.

Apa yang menariknya mengenai Gear VR baru, ia akan menyokong Galaxy Note 7 yang menggunakan USB Type-C, selain pada masa yang sama turut menyediakan sambungan mikro-USB untuk digunakan oleh peranti Samsung sebelum ini seperti Galaxy S7, S7 Edge, Note5, S6, S6 Edge dan juga S6 Edge+.

Samsung Gear VR

Sedang dikemaskini…


TIPS & ULASAN