Cari @ Amanz

Oppo Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk pengenalan telefon pintar baru mereka yang akan hadir tidak lama lagi, iaitu Oppo F1s. Peranti ini akan terlebih dahulu diperkenalkan di India secara rasminya esok.

Oppo F1s

Oppo F1s

Oppo F1s merupakan telefon pintar yang memfokuskan kepada fungsi selfie. Melalui apa yang diperlihatkan Oppo sebelum ini, telefon pintar ini akan menyertakan kamera hadapan 16-megapixel bagi membolehkan anda merakamkan gambar selfie dengan baik.

Kita akan mendengar lebih lanjut mengenai peranti ini esok melalui pelancaran di India, dan selanjutnya akan mendengar mengenai penawaran Oppo F1s untuk pasaran tempatan pada minggu hadapan.

Oppo F1s

Oppo F1s

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd