Instagram Stories Diperkenalkan – Perkongsian Gambar Dan Video Yang Hilang Selepas 24 Jam

Instagram Stories Diperkenalkan – Perkongsian Gambar Dan Video Yang Hilang Selepas 24 Jam

Diterbitkan pada Ogos 2, 2016 oleh .

Bagi anda yang menggunakan Snapchat, mungkin sedia mengenali akan Snapchat Stories yang menawarkan perkongsian video yang hilang selepas ditonton. Kini, Instagram membawakan fungsi yang lebih kurang sama melalui apa yang dipanggil mereka Instagram Stories.

Instagram Stories membolehkan anda berkongsi beberapa gambar atau video, dan ia akan dipaparkan dalam bentuk slideshow. Pengguna turut boleh menambah sticker, emoji dan teks pada gambar sebelum ia dikongsikan.

Instagram Stories

Setiap perkongsian ini tidak akan dipaparkan pada profil, dan ia akan hilang selepas 24 jam ia dikongsikan. Pada Instagram Stories juga, tiada sebarang komen atau Like – dan sekiranya pengguna ingin berhubung, mereka perlu menggunakan Instagram Direct.

Dari segi paparan, Instagram Stories dipaparkan pada latar masa utama dalam bentuk ikon profil pada bahagian atas sekali bagi memudahkan anda mengikutinya tanpa terlepas. Sekiranya anda yang kongsikan Instagram Stories, anda turut boleh melihat siapakah yang telah melihat atau menonton perkongsian anda.

Dengan pengenalan Instagram Stories ini, pihak Instagram dilihat ingin lebih banyak menarik pengguna menggunakan platform mereka, disamping menyemak Instagram dengan lebih kerap lagi.

Fungsi baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat pada Android dan iOS.


TIPS & ULASAN