Samsung hari ini telah memperkenalkan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 yang hadir dengan pelbagai ciri-ciri baru. Dan salah satu perkara yang turut diumumkan oleh Samsung ketika pengenalan peranti ini adalah perkhidmatan storan awan mereka, Samsung Cloud.
Melalui pembelian peranti Galaxy Note 7, Samsung menawarkan ruangan storan 15GB untuk pengguna mereka. Dengan adanya Samsung Galaxy Note 7, ia membolehkan pengguna menyimpan pelbagai dokumen, gambar dan video pada peranti ini dan seterusnya memindahkan ia dengan mudah ke peranti baru yang lain.