TEB-1 – Bas Bergerak Di Atas Kereta Memulakan Ujian Di China

TEB-1 – Bas Bergerak Di Atas Kereta Memulakan Ujian Di China

Diterbitkan pada Ogos 3, 2016 oleh .

Konsep bas yang bergerak di atas kereta diperlihatkan di China pada bulan Mei yang lalu. Semalam prototaip pertama TEB-1 (Transit Elevated Bus-1) memulakan ujian di bandar Qinhuangdao, provinsi Hebei China. Bas berketinggian 16 kaki ini bergerak 7 kaki di atas kenderaan di bawahnya. Sebuah sistem rel khas digunakan sebagai laluan. Dari segi saiz pula ia sepanjang 72 kaki dan 25 kaki lebar. Ia mampu memuatkan 300 orang penumpang pada satu-satu masa.

TEB-1 3

TEB-1 sudah di dalam pembangunan sejak 2010 dan diharap dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang kronik di bandar besar seperti Beijing. Kerana rekaannya yang unik ia mampu mengelak dari terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas seperti bas konvensional. Ini sememangnya penyelesaian di luar kotak yang sebelum ini dilihat di dalam filem Total Recall.

TEB-1 1


TIPS & ULASAN