Facebook Menguji Paparan Iklan Di Dalam Video Facebook Live

Facebook Menguji Paparan Iklan Di Dalam Video Facebook Live

Diterbitkan pada Ogos 3, 2016 oleh .

Sejak Facebook memperkenalkan fungsi Facebook Live, boleh dikatakan lebih ramai pengguna kini menggunakannya dalam membuat perkongsian secara langsung – disamping jenama yang menggunakannya dalam membuat perbincangan, ataupun untuk berkongsi info semasa.

Kini, dengan populariti Facebook Live yang semakin mendapat perhatian, gergasi laman sosial berkenaan dilihat sedang menguji kebolehan memaparkan iklan di dalam video Facebook Live yang sedang ditayangkan.

Facebook Live

Melalui ujian yang dilakukan, Facebook membolehkan penerbit yang menggunakan Facebook Live untuk memaparkan iklan sekurang-kurangnya lima minit selepas sesuatu siaran dimulakan. Iklan yang dipaparkan pula tidak lebih daripada 15 saat.

Buat masa ini, ia hanya sekadar ujian sahaja, dan tidak diketahui sama ada ia akan diperluaskan kepada semua ataupun tidak. Sekiranya ya, ia akan memberikan ruangan untuk Facebook dan penerbit Facebook Live menjana duit tambahan – disamping turut boleh digunakan masa tersebut untuk mengambil masa rehat sebentar ketika Facebook Live sedang berlangsung.


TIPS & ULASAN