Cari @ Amanz

Leagoo merupakan salah satu jenama yang baru di pasaran tempatan. Setahun selepas pengumuman peranti mereka yang terdahulu, hari ini mereka memperkenalkan peranti Flagship terkini dari mereka iaitu Leagoo T1.

Leagoo T1 merupakan telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi terkini serta beroperasi menggunakan Android Marshmallow. Ia turut disertakan dengan pengimbas cap jari yang boleh digunakan untuj menyahkunci peranti, serta mempunyai capaian 4G LTE. Dari segi kualiti binaannya, ia mempunyai badan aluminium-unibody dengan kaca 2.5D pada paparan skrin memberikan lagi gaya kepada rekaannya.

Leagoo T1 -IMG_9324 Leagoo T1 -IMG_9325

Antara spesifikasi lain termasuklah cip pemprosesan MediaTek 1.3GHz empat-teras dan 2GB RAM. Terdapat storan berkapasiti 16GB yang boleh ditambah dengan sokongan mikro-SD sehingga 128 GB. Leagoo T1 mempunyai paparan skrin Gorilla Glass 4 bersaiz 5-inci dengan resolusi 720p.

Sebagai peranti terkini, Leagoo T1 turut memfokuskan pada penggunaan Selfie, dan turut menyertakam kamera hadapan 8MP dengan LED Flash serta fungsi tambahan seperti Face Beauty dan pengecaman wajah. Kamera utamanya mempunyai sensor pengimejan 13MP dari Samsung. Baterinya pula berkapasiti 2,400 mAh.

Telefon pintar Leagoo T1 ini akan dijual pada harga RM549 termasuk GST pada tiga variasi warna, iaitu emas, merah jambu emas dan juga kelabu dan boleh diperoleh bermula hari ini. Pihak Leagoo turut menawarkan aksesori percuma dengan pembelian peranti ini sementara stok masih ada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd