Baru sahaja beberapa hari selepas Uber dilaporkan akan bergabung dengan pesaing mereka di China iaitu Didi, hari ini terdapat desas-desus terbaru melibatkan industri pengangkutan ini. Terkini Didi dilaporkan akan bersama SoftBank akan memberikan lebih pelaburan kepada Grab, iaitu pencabar Uber di rantau ini.
Menurut Bloomberg, mereka menerima maklumat berkenaan pelaburan ini dari sumber yang terdekat dengan perihal ini. Sumber tersebut turut menyatakan nilai yang bakal dilaburkan oleh Didi dan Softbank terhadap Grab bakal melebihi USD 600 Juta (~RM 2.4 Bilion ) malah tidak mustahil jika ia melebihi USD 1 Bilion (~RM 4 Bilion ). Pelaburan ini juga bakal dilengkapkan pada minggu ini
Sehingga kini nilai keseluruhan Grab adalah melebihi USD 1.6 Bilion (~RM 6.08 Bilion ) dan dengan pelaburan baru dari Didi & SoftBank ini bakal menjadikan Grab satu-satunya startup tempatan yang semakin berkembang dan bakal meluaskan kuasanya ke lebih bandar-bandar utama di Asia Tenggara.