Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah mula menawarkan kemaskini Windows 10 Anniversary Update kepada semua pengguna sedia ada Windows 10, membawakan sejumlah fungsi dan ciri-ciri baru kepada para pengguna desktop dan juga peranti mudah-alih. Apa pun, kemaskini ini mula diperkenalkan bermula daripada pengguna desktop terlebih dahulu.

Salah satu fungsi baru adalah Windows Ink yang memudahkan anda membuat catatan nota pada rakaman skrin, dan lakaran idea dengan pantas. Microsoft turut mengatakan Windows 10 Anniversary Update membawakan penambah-baikkan kepada sekuriti melalui Windows Defender, selain kebolehan menggunakan Windows Hello pada aplikasi Windows dan Microsoft Edge.

Pada pelayar web Microsoft Edge, kini ia turut menawarkan sokongan pemalam – membolehkan pengguna menambah fungsi tambahan pihak ketiga seperti AdBlock, LastPass dan sebagainya. Microsoft juga turut menawarkan fungsi baru lain, termasuk aplikasi Skype yang dikemaskini, dan kini boot 20% lebih pantas berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10, boleh memulakan proses kemaskini dengan percuma melalui halaman Windows Update.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd