Cari @ Amanz

Google sering mengeluarkan versi baru pelayar web mereka hampir setiap enam minggu. Terkini, mereka telah mengeluarkan Google Chrome 52 kepada para pengguna Android selepas diperkenalkan untuk pengguna desktop sekitar dua minggu lepas.

Samsung Galaxy note 7

Chrome 52 untuk Android membawakan beberapa fungsi baru – terutamanya memfokuskan kepada penjimatan penggunaan bateri. Melalui kemaskini baru ini, ia membolehkan pengguna menggunakan peranti mereka untuk tempoh yang lebih lama berbanding sebelumnya – termasuk ketika menonton video atas-talian melalui Chrome.

Disamping itu, fungsi penjimatan data juga diperluaskan, dan kini apabila mod Data Saver diaktifkan, video yang dimuat-turun akan bersaiz lebih kecil – menjimatkan sehingga 50% data anda.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome di Android, anda sudah boleh mula menyemak kemaskini dari Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd