Cari @ Amanz

Oppo telah memperkenalkan siri-F pada awal tahun ini dengan fokus terhadap rakaman gambar selfie. Sejak daripadanya, mereka telah memperkenalkan Oppo F1 dan juga Oppo F1 Plus. Menambah pada keluarga berkenaan hari ini adalah Oppo F1s.

Desas-desus berkaitan Oppo F1s telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas, malah pihak Oppo sendiri telah hadir dengan video promosi untuknya yang memperlihatkan beberapa ciri-ciri peranti berkenaan.

Oppo F1s

Oppo F1s membawakan rekaan ikonik pihak Oppo. Ia dilengkapi skrin 5.5-inci dengan paparan HD, dijana menggunakan cip MediaTek MT6750, dan memori sehingga 3GB RAM. Oppo F1s menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan, memori 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD, serta sokongan dwi-SIM.

Menjadi fokus pada peranti ini adalah sokongan kamera hadapan. Oppo F1s menggunakan kamera hadapan 16-megapixel, dan ia menggunakan pencahayaan dari skrin sekiranya anda ingin merakamkan gambar pada keadaan malap. Untuk kamera belakang, Oppo menyertakan lensa 13-megapixel.

Di Malaysia, Oppo F1s bakal dilancarkan secara rasminya pada 10 Ogos ini, dimana kita akan mendengar lebih lanjut mengenai penawaran warna dan harganya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd