Stylus Samsung Galaxy Note 7 Tidak Boleh Dimasukkan Secara Terbalik

Stylus Samsung Galaxy Note 7 Tidak Boleh Dimasukkan Secara Terbalik

Diterbitkan pada Ogos 4, 2016 oleh .

Samsung Galaxy Note 7 yang dilancarkan semalam membawakan beberapa peningkatan spesifikasi dan fungsi berbanding tahun lalu. Sebagai contoh ia kini mempunyai skrin dwi lengkung, stylus yang boleh digunakan ketika basah dan ketahanan air IP 68. Tetapi pembaharuan yang mungkin tidak disedari wujud pada tempat simpanan stylus.

Tahun lalu wujud sedikit kontroversi SPenGate apabila S Pen akan tersekat sekiranya ia dimasukkan secara terbalik. Ini mengakibatkan sensor yang melancarkan Air Command mengalami kerosakan kekal. Pada Note 7 Samsung  S Pen langsung tidak boleh dimasukkan secara terbalik. Ini dapat dilihat dari video yang dipaparkan di atas. Terdapat penghalang yang memastikan bahagian kepala S Pen langsung tidak boleh dimasukkan ke dalam tempat simpanan. Diharap tidak akan wujud lagi kes stylus tersekat selepas ini.


TIPS & ULASAN