ZTE Meminta Pendapat Pengguna Untuk Rekaan Peranti Utama Mereka
ZTE

ZTE Meminta Pendapat Pengguna Untuk Rekaan Peranti Utama Mereka

Diterbitkan pada Ogos 4, 2016 oleh .

Apakah spesifikasi peranti yang anda idamkan? Tubuh Logam atau kaca? Kamera berkembar atau kamera dengan saiz sensor yang besar? Sekiranya anda mahu peranti idaman ini menjadi realiti, anda boleh berkongsi pendapat anda dengan ZTE. Mereka melancarkan Project CSX bagi mendapatkan pendapat orang ramai mengenai rekaan peranti utama mereka untuk tahun 2017.

Project-CSX

Syarat yang dikenakan oleh ZTE ialah peranti idaman ini perlu menggunakan teknologi yang sudah wujud sekarang. Kepada yang mengidam bateri 30000 mAh dan sistem tri-kamera sila simpan impian adan buat masa ini. Pada masa yang sama peranti yang bakal dihasilkan juga haruslah mampu milik bagi kebanyakan pengguna. Idea akan dikumpul sehingga 31 Ogos ini sebelum undian dilakukan. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai $15000. Sila kongsikan spesifikasi peranti idaman anda pada pautan Project CSX di bawah.

Laman Project CSX oleh ZTE


TIPS & ULASAN