10 Pembaharuan Pada Windows 10 Anniversary Update

10 Pembaharuan Pada Windows 10 Anniversary Update

Diterbitkan pada Ogos 4, 2016 oleh .

Windows 10 telah memasuki satu tahun selepas pelancaran dan pihak Microsoft meraikannya melalui kemaskini Anniversary Update dengan sejumlah pembaharuan baru. Ia merangkumi perubahan antaramuka dan kehadiran fungsi yang ditambah baik dalam memberikan pengalaman menggunakan Windows 10 yang lebih pintar, pantas, dan stabil.


Windows 10 Anniversary Update Lockscreen01
Lockscreen

Apabila anda memasuki Windows 10 yang telah dikemaskini dengan Anniversary Update, anda akan dapati lockscreen kini telah hadir dengan latar belakang tersendiri berbanding penggunaan gambar Windows pada sebelum ini. Bermakna, anda boleh memilih latar belakang pilihan anda pada halaman Settings > Personalization > Lock Screen.

Anda juga boleh mengakses Cortana pada paparan lockscreen ini tanpa perlu membuat log masuk pada komputer anda. Dengan hanya semudah menyebut perkataan “Hey Cortana“, fungsi pembantu maya ini bersedia untuk mendengar arahan dari anda.


Screenshot (4) copy Windows 10 Anniversary Update02
Start Menu

Start Menu pada Windows 10 Anniversary Update juga telah diberi pembaharuan kecil yang kini mengasingkan butang Power, Settings, dan folder peribadi pada bahagian kiri. Melalui pengubahsuaian ini, ia memudahkan pengguna melihat terus senarai aplikasi tanpa perlu klik butang “All apps” seperti yang terdapat pada sebelum ini.

Apabila anda menekan butang “hamburger” di bahagian atas Start Menu ini, ia akan mempaparkan teks penuh untuk butang Power, Settings, dan folder peribadi yang dipin sekiranya anda tidak mengecam apakah jenis ikon yang dipaparkan.


Windows 10 Anniversary UpdateScreenshot (10)03
Action Center

Ruangan Action Center (notification center) dilihat telah dikemaskini dengan paparan notifikasi yang lebih terperinci daripada aplikasi. Ia juga kini membawakan paparan thumbnail untuk anda melihat notifikasi berasaskan gambar seperti yang dihantar oleh Cortana.

Apabila anda melihat pada bahagian hujung taskbar, ia juga kini hadir dengan paparan bernombor pada ikon fungsi ini dalam menunjukkan bilangan notifikasi yang belum dilihat pengguna.


Windows 10 Anniversary UpdateScreenshot (23)04
Cortana


Cortana telah diberi pembaharuan yang mana boleh diakses dengan lebih mendalam pada fungsi dan aplikasi. Selain pada lockscreen, Cortana kini boleh diakses pada Microsoft Edge untuk mendapatkan carian pintar atau lirik lagu ketika memainkan video di Youtube.

Apabila anda menulis tangan sesuatu peringatan pada Sticky Notes, Cortana juga dapat mengesan perkara yang anda tulis dan menjadikannya sebagai Reminder tanpa perlu menaip secara manual.


Windows 10 Anniversary UpdateScreenshot (30)05
Windows Ink

Salah satu pembaharuan besar yang dibawa Anniversary Update adalah fungsi Windows Ink yang dicipta khusus untuk peranti dengan sokongan stylus. Ia hadir dengan pilihan fungsi seperti Sticky Notes, Sketchpad, dan Screen Sketch untuk memudahkan anda mengambil nota atau melukis idea-idea anda secara terus pada Windows. Apa yang menariknya, ia turut dibekalkan dengan pembaris virtual bagi memudahkan anda melakar sesuatu yang memerlukan ukuran secara terperinci.

Untuk mengaktifkan Windows Ink, right-click pada taskbar > dan klik pada “Show Windows Ink Workspace button”. Kemudian, klik pada ikon Windows Ink pada bahagian kiri jam di taskbar untuk mengaktifkannya.


Windows 10 Anniversary Update - Defender06
Windows Defender

Aplikasi sekuriti Windows Defender yang membantu anda daripada ancaman virus dan malware telah ditambah baik pada kemaskini Anniversary Update ini. Sekiranya anda menggunakan aplikasi antivirus yang lain, Defender telah hadir dengan fungsi Limited Periodic Scanner dalam membolehkan ia mengesan dan membuang ancaman-ancaman yang terlepas pandang oleh aplikasi sekuriti pihak ketiga.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, pergi ke halaman Settings > klik pada Update & security > Windows Defender > dan aktifkan Limited Periodic Scanner.

Windows Defender juga kini telah disatukan dengan fungsi Automatic Maintenance dalam memberikan anda pilihan untuk memilih waktu yang sesuai untuk melakukan pengimbasan automatik. Ia membantu dalam mengelakkan sebarang kemungkinan seperti masalah “slow down” tanpa perlu mengganggu kerja dan prestasi bateri peranti anda.

Untuk memilih waktu pengimbasan yang sesuai, right-click pada butang Start > Control Panel > View by: Large icons > Security and Maintenance > Automatic Maintenance.


Notifikasi Windows 1007
Notifikasi dari telefon ke PC

Salah satu fungsi menarik pada Windows 10 Anniversary Update adalah kebolehan memaparkan notifikasi dari telefon Windows 10 Mobile atau Android terus pada PC anda. Perkara ini dijayakan daripada penggunaan aplikasi Cortana dalam melakukan sync untuk sebarang notifikasi-notifikasi yang hadir pada peranti anda. Melalui fungsi ini, anda boleh membuat reply dan membaca notifikasi yang hadir pada halaman Action Center.

Untuk menjayakannya dengan telefon Android, anda perlu memasang aplikasi Cortana dan log masuk aplikasi tersebut dengan akaun yang sama digunakan pada Cortana di komputer Windows 10 anda. Bagi anda yang belum mempunyai Cortana pada peranti Android anda, anda boleh memuat-turunnya pada pautan di bawah.

Muat-Turun: Cortana untuk Android

Apabila Cortana telah dipasang pada peranti Android anda, buka aplikasi Cortana > slide out panel navigasi di sebelah kiri untuk membuka Settings > tekan pada Sync notifications. Di sinilah anda boleh memilih senarai jenis notifikasi yang akan di hantar di PC seperti missed call, incoming message, low battery, dan notifikasi daripada aplikasi.


08
Windows Hello untuk aplikasi dan web

Windows Hello Anniversary UpdateWindows Hello merupakan fungsi kawalan biometrik yang merangkumi penggunaan pengimbas cap jari dan mata untuk memasuki komputer Windows 10 anda. Sekiranya komputer anda hadir dengan fungsi pengimbas cap jari atau kamera RealSense, anda kini tidak perlu lagi bergantung pada penggunaan kata laluan.

Pada Anniversary Update, Windows Hello telah membolehkan anda menggunakan sistem biometrik ini untuk membuat log masuk ke aplikasi dan web tanpa perlu menaip sebarang kata laluan secara manual. Dengan hanya mengimbas jari atau membiarkan komputer mengesan mata anda, aplikasi dan web yang meminta kata laluan anda akan dilog masuk secara automatik dengan serta merta.

Bagi anda yang ingin mencuba fungsi terbaru Windows Hello ini, anda boleh mengujinya dengan aplikasi Enpass yang boleh didapati pada halaman Windows Store.


Windows 10 Anniversary UpdateScreenshot (26)09
Sokongan “dark mode” pada Settings dan aplikasi terbina

Ketika awal Windows 10 dikeluarkan, ia telah menyajikan pengguna dengan pilihan taskbar berwarna gelap yang kelihatan lebih mesra kepada skrin dengan bezel hitam. Kini dengan Anniversary Update, Microsoft telah menawarkan antaramuka gelap pada halaman Settings dan beberapa aplikasi terbina berbanding penggunaan warna cerah sebelum ini.

Untuk mengaktifkannya, pergi ke halaman Settings > Personalization > Colors > dan klik butang Dark pada bahagian “Choose your app mode”.


Windows 10 Anniversary UpdateScreenshot (27)10
Sokongan Extensions pada Microsoft Edge

Microsoft Edge dilihat tampil dengan prestasi yang sangat pantas tetapi tidak didatangkan dengan sokongan pemalam pada mulanya. Melalui Anniversary Update, Microsoft Edge kini setara dengan pelayar web utama yang membolehkan anda memasang sejumlah pemalam pihak ketiga seperti AdBlock Plus.

Untuk memuat-turun extensions, klik butang “tiga titik” pada toolbar Microsoft Edge > Extensions > dan klik pada “Get extensions from the Store”.


Windows 10 juga membawakan pembaharuan lain seperti sokongan Bash yang membolehkan anda menggunakan senarai command yang digunakan pada Linux. Selain bertindak sebagai sebuah fungsi, ia juga merupakan sebuah misi besar Microsoft dalam menarik minat para pembangun untuk menggunakan Windows sebagai “rumah utama” dalam membangunkan aplikasi.

DSC06906 (Priime Gold).copyMicrosoft juga telah menawarkan Skype yang diperbaharui namun masih di dalam versi “preview” sewaktu Anniversary Update ini dilancarkan. Walaupun masih di dalam pembangunan, ia boleh menjalankan fungsi-fungsi asas seperti menerima dan membalas mesej dan juga kebolehan membuat panggilan suara dan video. Kehadiran Skype preview ini secara tidak langsung memberikan idea kepada anda bagaimanakah Skype diintegrasikan pada Windows 10 untuk akan datang.

Secara keseluruhannya, Windows 10 Anniversary Update menawarkan prestasi dan pengalaman penggunaan yang lebih sempurna untuk kegunaan harian anda. Sekiranya anda menggunakan Windows 10, kemaskini Anniversary Update adalah sesuatu kemestian dalam mendapatkan penggunaan terbaik pada sistem operasi terulung ini.

Bagi anda yang ingin memuat-turun kemaskini ini, pergi ke halaman Settings > Update & security > dan klik pada “Check for updates”. Kemaskini Anniversary Update akan muncul dengan paparan kemaskini yang bertulis “Feature update to Windows 10, version 1607”.

Screenshot (final) copy-side

Sekiranya anda tidak menerima sebarang kemaskini seperti yang dipaparkan di atas, anda boleh menggunakan tool rasmi daripada Microsoft di bawah untuk mendapatkan kemaskini Windows 10 Anniversary Update.

Muat-Turun: Update Assistant for Windows 10 Anniversary Update


TIPS & ULASAN