Dropbox Paper Hadir Untuk Android Dan iOS – Memudahkan Penyuntingan Dokumen Dan Kolaborasi

Dropbox Paper Hadir Untuk Android Dan iOS – Memudahkan Penyuntingan Dokumen Dan Kolaborasi

Diterbitkan pada Ogos 4, 2016 oleh .

Dropbox sebelum ini telah berkongsi mengenai aplikasi yang memfokuskan kepada penyuntingan dokumen dan juga kolaborasi yang dinamakan sebagai Paper. Hari ini, ia secara rasminya ditawarkan secara terbuka kepada semua pengguna Android dan iOS seluruh dunia.

Dropbox Paper

Dropbox mengatakan Paper dibangunkan dalam memudahkan pengguna dalam sesuatu kumpulan atau pasukan dapat berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas, disamping berkolaborasi dalam membangunkan sesuatu dokumen.

Berbeza dengan ketika ujian sebelum ini, kini Dropbox Paper membawakan sokongan membuat jadual yang lebih baik, disamping penambah-baikkan pada perkongsian galeri gambar, selain notifikasi pada web dan peranti mudah-alih. Seperti menggunakan laman sosial, anda boleh tujukan sesuatu perkara untuk disunting dengan menggunakan @namapengguna.

Bagi anda yang sering berkolaborasi dalam membangunkan sesuatu dokumen, anda boleh memuat-turun aplikasi Dropbox Paper ini hari ini dan menggunakannya dalam membangunkan sesuatu dokumen.

Muat-Turun Dropbox Paper


TIPS & ULASAN