Cari @ Amanz

GoPro merupakan salah satu jenama kamera yang diminati ramai disebabkan oleh saiznya yang sangat kompak, dan pada masa yang sama membolehkan ia digunakan untuk merakamkan aksi dan aktiviti lasak tanpa risau ia akan rosak.

GoPro telah diperkatakan sebelum ini sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan kamera aksi baru, dan terkini, sebuah video tertiris memperlihatkan GoPro Hero5 dalam sebuah video secara ringkas.

Daripada video yang tertiris, ia memperlihatkan GoPro Hero5 akan hadir dengan sokongan skrin sentuh. Ini semestinya bukan sesuatu yang baru, dan telah disertakan pada GoPro sebelum ini. Tetapi seperti memberikan petanda ia mungkin akan menjadi piawaian tetap untuk kamera aksi mereka selepas ini.

Menurut desas-desus sebelum ini, GoPro Hero5 dijangka akan hadir dengan sokongan rakaman video pada resolusi 4K dengan kadar rakaman 60fps. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sepenuhnya apakah lagi kejutan yang akan dibawakan oleh kamera-aksi GoPro ini, dan bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd