Xiaomi Memperkenalkan Set Realiti-Maya Untuk Digunakan Bersama Telefon 4.7-inci Hingga 5.7-inci

Xiaomi Memperkenalkan Set Realiti-Maya Untuk Digunakan Bersama Telefon 4.7-inci Hingga 5.7-inci

Diterbitkan pada Ogos 4, 2016 oleh .

Xiaomi telah mengatakan akan memperkenalkan set realiti-maya mereka pada 1 Ogos sebelum ini, dan kini selang beberapa hari, pengeluar popular dari China berkenaan telah pun memperkenalkan set realiti-maya mereka tersendiri, dinamakan sebagai Xiaomi VR Toy Edition.

Kenapa mereka memilih nama berkenaan masih menjadi tanda tanya. Tetapi, ia dikatakan nama berkenaan bukanlah nama akhir untuk produk berkenaan.

Xiaomi VR

Xiaomi VR

Xiaomi VR Toy Edition ini beroperasi dan dikuasakan untuk digunakan bersama-sama telefon pintar bersaiz antara 4.7-inci sehingga 5.7-inci. Ia menggunakan penutup berzip bagi memudahkan pengguna memasukkan dan mengeluarkan telefon pintar. Seperti biasa, sebuah butang khas tersedia pada bahagian atas untuk mengawal kanta dan sebagainya.

Bersama-sama dengan pengenalan ini juga, Xiaomi mengumumkan sejumlah kandungan untuk dinikmati bersama. Memandangkan ia diumumkan untuk pasaran China, antara rakan kerjasama mereka adalah termasuk Youku – salah satu perkhidmatan video popular di China.

Xiaomi mengatakan ia dalam peringkat ujian terbuka buat masa ini, dan mungkin akan dipasarkan secara meluas apabila mereka mempunyai kandungan yang secukupnya untuk platform realiti-maya.

Xiaomi VR


TIPS & ULASAN