Vertu Aster Chevron Dilancarkan – Peranti Mewah Kelas Pertengahan

Vertu Aster Chevron Dilancarkan – Peranti Mewah Kelas Pertengahan

Diterbitkan pada Ogos 5, 2016 oleh .

Vertu dan kemewahan ialah seperti aur dan tebing. Peranti yang dahulunya dimiliki Nokia ia masih wujud dan terus menghasilkan peranti untuk golongan berkemampuan. Mereka baru sahaja melancarkan Vertu Aster Chevron yang merupakan peranti paling mampu milik yang dihasilkan oleh mereka pada harga $4200 (~RM 16920).

Vertu-Aster-Chevron-1

Ia dilengkapi skrin 4.2″ IPS LCD, diperkasakan pemproses Snapdragon 801, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13 Megapixel Hasselblad dan kamera selfie 2.1 Megapixel. Bateri pula sebesar 2275 mAh dengan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi. Bagi yang berminat mereka boleh memilih beberapa pilihan kemasan kulit dari haiwan eksotik seperti ular sawa. Akhir sekali peranti ini masih menggunakan Android 5.1. Pada harga hampir mencecah RM 17000, ia kami katakan lebih mampu milik kerana pada kebiasaannya peranti Vertu dijual pada harga RM 50000 sebuah.


TIPS & ULASAN