Kemaskini Google Map Bakal Menunjukkan Tahap Kesukaran Mencari Parkir

Kemaskini Google Map Bakal Menunjukkan Tahap Kesukaran Mencari Parkir

Diterbitkan pada Ogos 5, 2016 oleh .

Di Malaysia memandu kenderaan sendiri masih lagi menjadi pilihan orang ramai kerana ianya paling mudah. Pengangkutan awam di Kuala Lumpur misalnya masih dilanda masalah ketepatan mengikut jadual dan gangguan berkala. Masalah utama apabila memandu ke sesuatu destinasi yang tidak pernah anda lawati ialah mengetahui sama ada terdapat tempat meletak kereta yang mencukupi. Mereka yang kerap ke Bangsar dan Taman Tun Dr Ismail akan memberitahu anda kisah legenda kesukaran mencari parkir ketika waktu puncak.

Google Maps Offline

Kemas kini Google yang terkini mungkin akan dapat menyelesaikan masalah ini. Ia boleh memberitahu pengguna tahap kesukaran mencari parkir. Terdapat tiga tahap kesukaran iaitu mudah, sederhana dan terhad. Maklumat mengenai parkir diambil dari maklum balas Google Map yang diisi oleh orang ramai. Tidak diketahui sama ada sistem ini akan diperkenalkan di Malaysia kelak. Umum diketahui terdapat banyak fungsi Google Map hanya boleh digunakan di benua Amerika Utara dan Eropah.


TIPS & ULASAN