Fahrenheit Bakal Hadir Di PlayStation 4

Fahrenheit Bakal Hadir Di PlayStation 4

Diterbitkan pada Ogos 5, 2016 oleh .

Fahrenheit (ataupun Indigo Prophecy) ialah permainan unik yang dilancarkan pada tahun 2005 di PlayStation 2. Permainan rekaan David Cage ini mempunyai jalan cerita yang bercabang dengan pengakhiran yang berbeza. Elemen QTE digunakan secara meluas dan menjadi acuan kepada Heavy Rain, Beyond Two Soul dan Detroit : Become Human. Kepada para peminat, Fahrenheit akan dilancarkan semula untuk PlayStation 4.

Fahrenheit-Indigo-Prophecy-2

Ini versi remastered dengan grafik dipertingkatkan kepada 1080P dan terdapat juga sokongan trofi. Kepada yang belum pernah memainkan permainan genre pengembaraan ini, ia boleh dimuat turun menerusi PlayStation Store pada 9 Ogos hadapan. Kami cukup menggemari Fahrenheit kerana keunikan jalan cerita, sistem kawalan yang di luar kotak dan memperkenalkan kami kepada kugiran Theory of a Deadman.


TIPS & ULASAN