Doogee X5 Max Dan X5 Max Pro Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 299

Doogee X5 Max Dan X5 Max Pro Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 299

Diterbitkan pada Ogos 5, 2016 oleh .

Doogee ialah jenama yang masih setahun jagung di Malaysia. Peranti mereka jarang dengari dan turut jarang dilihat. Pengeluar dari China ini baru sahaja melancarkan dua lagi peranti mereka untuk pasaran Malaysia. Doogee X5 Pro dan X5 Max ialah dua peranti yang mempunyai spesifikasi kelas permulaan tetapi mempunyai sistem imbasan cap jari yang lebih sinonim dengan peranti berspesifikasi lebih tinggi.

Doogee-X5-MAX-5-13

Kini mulakan dengan Doogee X5 Max Pro. Ia dilengkapi skrin5 ” IPS LCD 720P, diperkasakan pemproses MediaTek MTK6580, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 8 Megapixel f/1.8 dan kamera selfie 5 Megapixel f/2.0. Bateri sebesar 4000 mAh disertakan bagi membolehkan peranti ini berfungsi sehingga dua hari. Sistem imbasan cap jari diletakkan pada panel belakang.

Doogee X5 Max pula mempunyai spesifikasi yang serupa cuma RAM dikurangkan ke 1 Gigabyte dan storan pula hanya 8 Gigabyte. Kedua-dua peranti menggunakan sistem operasi Android Marshmallow. Harga jualan untuk X5 Max Pro ialah RM459 manakala untuk X5 Max pula ialah RM299.

Doogee-X5-Max-3


TIPS & ULASAN