Povie – Cagak Peranti Pintar Yang Dipakai Di Leher

Povie – Cagak Peranti Pintar Yang Dipakai Di Leher

Diterbitkan pada Ogos 5, 2016 oleh .

Tahun 2016 ialah tahun di mana teknologi kamera pada peranti pintar menunjukkan kematangan. Kemampuan kamera utama pada peranti utama tahun ini ada;ah amat menakjubkan. Tidak mengejutkan ini mengakibatkan semakin ramai berhenti menggunakan kamera kompak dan bergantung sepenuhnya pada peranti pintar mereka. Oleh itu kewujudan Povie, sebuah cagak untuk peranti pintar ini tidak mengejutkan kami.

Povie-1

Povie ialah cagak untuk peranti pintar yang dipakai seperti rantai leher. Ini memudahkan ia digunakan seperti kamera aksi GoPro tanpa perlu dipegang oleh pemilik. Ia mensasarkan golongan yang kerap mengambil video nyahkotak, pemandu kereta dan penunggang kenderaan dua roda. Selain menjadi cagak kamera, ia turut boleh berubah menjadi sebuah tetongkat untuk menonton video pada peranti. Peranti bersambung pada Povie menggunakan plat magnet bagi memudahkannya ditanggalkan apabila diperlukan. Cagak ini dijual pada harga $49.99 (~RM  201) sebuah.


TIPS & ULASAN