Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note 7 merupakan telefon pintar paling terkini daripada Samsung, hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti sokongan S-Pen, pengimbas mata, kalis air dan lain-lain lagi. Ia akan dijual bermula daripada 19 Ogos di Malaysia, dan pra-tempahan untuknya akan dimulakan pada 8 Ogos ini.

Samsung Galaxy Note 7

Bersempena dengannya, kini Samsung telah memperlihatkan promosi pra-tempahan mereka. Bagi anda yang membuat pra-tempahan Galaxy Note 7 hari ini, anda akan menerima diskaun sebanyak 10% daripada harga jualannya.

Ini bermakna, anda akan dapat membeli peranti berharga RM3199 pada harga RM2879, dan akan menerima peranti berkenaan sehari sebelum pelancaran.

Disamping itu, pengguna juga akan menerima powerbank 10200mAh dengan sokongan USB Type-C dan juga Wireless Charging Stand. Samsung mengatakan semua ganjaran pra-tempahan yang ditawarkan ini bernilai RM957.

Bagi anda yang berminat nak membuat pra-tempahan, mungkin boleh bersedia dengan RM300 pada 8 Ogos ini, dan membuat pra-tempahan melalui laman rasmi Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd