ZTE Axon 7 Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi
ZTE

ZTE Axon 7 Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 5, 2016 oleh .

ZTE telah memperkenalkan Axon 7 pada bulan Mei lepas, dan kini ZTE Malaysia telah mula memperlihatkan teaser mengatakan ZTE Axon 7 bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

ZTE Axon 7ZTE Axon 7 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 2560×1440 pixel, dijana menggunakan Snapdragon 820, memori dalam pilihan antara 4GB RAM atau 6GB RAM. Peranti ini akan menyertakan kamera belakang 20-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Menjana peranti ini adalah bateri berkapasiti 3250mAh yang dicas menggunakan port USB Type-C.

Disamping itu, ZTE turut menyertakan beberapa ciri-ciri kusus, termasuk sokongan dwi-speaker dengan Dolby Surround Sound, dan juga pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Buat masa ini, ZTE Malaysia hanya mengatakan ia bakal hadir ke pasaran tempatan, dan tidak memberikan sebarang tarikh khusus untuknya.

ZTE Axon 7


TIPS & ULASAN