Carian
Facebook Akan Lebih Mengurangkan Pautan Clickbait Pada News Feed
August 5, 2016 Aman

Facebook telah memulakan usaha membanteras pautan dan perkongsian berbentuk clickbait (tajuk yang kadang-kala tidak berkait dengan berita yang dilaporkan) sejak daripada tahun lepas. Kini, bergerak kehadapan, Facebook mengatakan mereka akan berusaha mengurangkannya lagi pada News Feed pengguna.

Facebook mengatakan melalui News Feed mereka ingin memaparkan apakah yang relevan kepada pengguna, dan pada masa yang sama memaparkan kisah-kisah yang tepat. Disebabkan oleh itu, mereka ingin mengurangkan artikel dan perkongsian berbentuk clickbait ini.

Facebook mengatakn mereka akan mula mengenal pasti frasa yang sering digunakan oleh artikel berbentuk clickbait dan seterusnya memastikan sama ada artikel yang dikongsikan berkait atau tidak dengan tajuk.

Daripada itu, Facebook akan mengenal-pastinya dan menghalang ia daripada dipaparkan kepada pengguna di News Feed. Facebook mengatakan ia berfungsi secara kasar seperti bagaimana spam emel berfungsi.

Facebook mengatakan ia tidak akan memberikan kesan kepada Facebook Pages keseluruhannya – tetapi hanya akan memberikan kesan kepada laman Facebook Pages yang bergantung pada clickbait sahaja.

Komen