10 Fungsi Huawei P9 Plus Yang Mampu Menyaingi iPhone Anda

10 Fungsi Huawei P9 Plus Yang Mampu Menyaingi iPhone Anda

Diterbitkan pada Ogos 12, 2016 oleh .

Huawei pada tahun ini telah mencuri perhatian ramai dengan melancarkan Huawei P9 dan P9 Plus bersama kamera berkembar yang disahkan oleh Leica. Ia bukan sahaja membawakan keupayaan kamera yang baik namun turut menawarkan beberapa fungsi yang mampu memberi nilai tambah pada pembelian peranti ini. Di sini kami ingin menyenaraikan beberapa perkara menarik pada Huawei P9 Plus yang mungkin memberi saingan kepada iPhone anda.

1. Sensor berkembar 12MP hasil kejuruteraan bersama Leica

Sebuah fungsi utama yang menjadi fokus untuk peranti ini semestinya kamera berkembar 12MP hasil kejuruteraan bersama Leica. Ia hadir dengan sensor warna dan sensor hitam & putih bagi menyerap lebih cahaya bagi menghasilkan gambar yang terang dan jitu. Ia juga hadir dengan “aperture mode” bagi membolehkan anda memilih fokus pada gambar selepas sesuatu gambar diambil.

Huawei P9 Plus - DSC06807 (Priime Gold)

2. Kemampuan mengambil gambar RAW

Sebagai peranti yang memfokuskan kepada fotografi, Huawei turut mendatangkan fungsi penggambaran RAW pada P9 Plus. Ia memberikan kebebasan bukan sahaja kepada penggemar fotografi tetapi semua pengguna dalam membuat penyuntingan tanpa sebarang kesan compression seperti yang terdapat pada gambar JPEG.

P9 Plus - IMG_20160811_171513

P9 Plus - IMG_20160811_172208

3. Kamera hadapan 8MP F/1.9 dengan autofokus

Prestasi kamera hadapan P9 Plus cukup mengujakan saya ketika kali pertama mengambil selfie menggunakan peranti ini. Ia memberikan hasil selfie yang cukup terang bersama kesan bokeh di bahagian belakang wajah anda. Perkara ini dibantu dengan penggunaan kamera dengan autofokus yang selalunya hadir untuk peranti yang memfokuskan selfie.

Kamera hadapan ini juga membawakan sensor 8MP berbanding pesaing utama yang hanya menggunakan kamera 5MP. Penggunaan megapiksel yang lebih besar ini sebenarnya banyak membantu anda memperoleh ketajaman gambar ketika melakukan proses cropping.

Huawei P9 Plus - DSC06764 (Priime Gold)

4. Bateri yang lebih besar untuk penggunaan lebih lama

Bateri yang hadir pada P9 Plus cukup besar yang mana hadir dengan kapasiti 3400 mAh bersama pengoptimasian SmartPower 3.0 daripada Huawei. Ia memberikan pengalaman penggunaan sekitar dua hari dengan sambungan WiFi, data, dan notifikasi yang sentiasa dibuka. Apa yang lebih menarik lagi, ia juga hadir dengan mod ROG power saving yang mana mengurangkan resolusi skrin kepada 720p untuk memanjangkan lagi masa penggunaan peranti.

5. Penggunaan skrin AMOLED

Apabila anda menggunakan peranti dengan skrin AMOLED, saya pasti anda tidak ingin kembali ke paparan IPS LCD. Paparan AMOLED menyajikan paparan yang sangat terang dengan paparan warna hitam yang lebih mendap berbanding skrin IPS. Selain memberikan kejelasan dan kualiti paparan yang menyerlah, ia juga membantu dalam menjimatkan bateri kerana tidak menggunakan keseluruhan LED pada bahagian paparan yang lebih gelap.

Huawei P9 Plus - DSC06718 (Priime Gold)

6. Menyokong storan penambahan microSD

Kehadiran sokongan penambahan storan luaran bukan sahaja menjimatkan wang malah lebih menyenangkan untuk anda bertukar ke kad microSD yang lain. Sekiranya anda menggunakan telefon ini untuk tujuan fotografi, mengambil gambar dengan format RAW bakal mengambil storan sekitar 22MB untuk satu gambar sahaja. Jadi apabila sesebuah kad microSD tidak lagi mempunyai memori tersedia, anda boleh menukar kad lain dengan mudah tanpa perlu memidahkan gambar yang diambil ke PC terlebih dahulu.

 

7. Hadir dengan slot dwi-sim

Seperti kebanyakan peranti flagship lain, P9 Plus turut menawarkan sokongan dwi-sim yang kedua-duanya menyokong Nano-SIM. Ia membolehkan anda menerima panggilan dan mesej secara serentak disamping memilih sim manakah yang ingin menggunakan sambungan 4G LTE. Fungsi seperti ini tidak pernah wujud untuk iPhone sehingga hari ini sekaligus menyukarkan anda yang mempunyai dua nombor berbeza.

Huawei P9

8. Pengecasan pantas Rapid Charging melalui USB Type-C

Walaupun sudah hampir memasuki 10 tahun selepas pelancaran iPhone, Apple masih tidak lagi mendatangkan sebarang fungsi pengecasan pantas untuk menyingkatkan waktu pengecasan peranti. Mengecas sesebuah iPhone mengambil masa melebihi 2 jam 30 minit untuk mencapai sehingga 100%. Dengan adanya P9 Plus, ia mengambil masa sekitar 1 jam 28 minit untuk mengecas dari 0% – 100% yang mana jauh lebih singkat berbanding waktu pengecasan iPhone.

Huawei P9 Plus - DSC06777 (Priime Gold)

Huawei P9 review 0049. Didatangkan dengan IR Blaster

Kehadiran IR Blaster di dalam telefon pintar seperti P9 Plus ini cukup menyenangkan saya untuk mengawal alatan elektrik seperti TV dan penghawa dingin. Pada P9 Plus, ia menyertakan aplikasi Smart Controller yang memudahkan anda menyambungkan perkakasan elektrik yang ingin dikawal. Kini saya tidak perlu lagi mencari atau mencapai alat kawalan jauh asal kerana kesemuanya boleh dilakukan pada telefon yang sentiasa berada bersama saya.

 

10. Sokongan pengimbas cap jari dengan fungsi tambahan

Sebuah lagi fungsi menarik yang didatangkan pada P9 adalah sokongan pengimbas cap jari yang hadir dengan fungsi tambahan seperti gesture. Ia membolehkan anda melakukan tugasan seperti menurunkan notification drawer, mengambil gambar selfie, dan mengambil panggilan melaluinya.

Huawei P9


Menariknya, Huawei P9 Plus ditawarkan dengan harga jauh lebih rendah iaitu RM2599 untuk versi 64GB. Anda boleh mendapatkan peranti ini menerusi kedai-kedai terpilih yang menjualnya serta laman jualan atas talian rasmi iaitu Vmall.

Beli: Huawei P9 Plus di Vmall

Penafian: Advertorial dari Huawei


TIPS & ULASAN