Google Menyambut Sukan Olimpik Dengan Permainan Kasual Untuk Peranti Mudah-Alih

Google Menyambut Sukan Olimpik Dengan Permainan Kasual Untuk Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Ogos 6, 2016 oleh .

Google sering hadir dengan permainan kasual melalui doodle pada laman utama mereka. Kini, bersempena dengan sukan Olimpik di Rio, pihak Google turut hadir dengan permainan kasual untuk dimainkan pada peranti mudah-alih – sama ada di Android atau iOS.

Melalui penawaran baru ini, Google membawakan satu permainan baru untuk setiap hari akan datang. Setiap permainan berkenaan bertemakan sukan, daripada lumba lari, bermain tenis, dan lain-lain. Google menggunakan watak buah-buahan, dan pada masa yang sama menawarkan info ringkas berkaitan sesuatu buah sebelum permainan dimulakan.

Bagi anda yang berminat, boleh memainkan permainan ini hari ini dengan melayari laman g.co/fruit hari ini.


TIPS & ULASAN