HTC Mengumumkan Kedai Aplikasi Untuk Kandungan Realiti-Maya – HTC Viveport
HTC

HTC Mengumumkan Kedai Aplikasi Untuk Kandungan Realiti-Maya – HTC Viveport

Diterbitkan pada Ogos 6, 2016 oleh .

HTC sedia memperkenalkan set realiti-maya mereka sebelum ini dinamakan HTC Vive dan dijana menggunakan Steam VR sebelum ini. Ia dijangka akan hadir ke pasaran tempatan sekitar bulan Oktober 2016 ini.

Dengan penerimaan ramai untuk HTC Vive ini, pihak HTC sedia mengasingkan operasi bahagian realiti-maya sebagai syarikat berasingan, dan kini mereka turut memperkenalkan kedai aplikasi khusus untuk kandungan realiti-maya dinamakan HTC Viveport.

HTC Viveport

HTC Viveport akan memfokuskan kepada kandungan berbentuk pendidikan, hiburan, berita, dan sebagainya melalui kedai aplikasi ini. Sebaliknya untuk kandungan berbentuk permainan, penguna boleh mendapatkan ia melalui Steam seperti biasa. HTC mengatakan HTC Viveport akan ditawarkan melalui web, peranti mudah-alih dan juga Windows, selain melalui HTC Vive sendiri.

Dengan pengumuman ini, pihak HTC juga turut telah memulakan pendaftaran beta untuk para pembangun, bagi membolehkan pembangun bersedia dengan produk mereka untuk realiti-maya melalui HTC Viveport, sebelum HTC Viveport dilancarkan secara rasmi kepada pengguna.


TIPS & ULASAN