Blizzard Dilaporkan Akan Hadir Dengan Versi HD Untuk Permainan Starcraft Asal

Blizzard Dilaporkan Akan Hadir Dengan Versi HD Untuk Permainan Starcraft Asal

Diterbitkan pada Ogos 6, 2016 oleh .

Permainan Starcraft merupakan antara permainan strategi yang telah dimainkan oleh ramai pengguna – malah ada yang memainkannya berkali-kali dalam bersaing dengan rakan-rakan lain. Kini, laporan baru hadir mengatakan Blizzard akan memperkenalkan versi HD untuk permainan berkenaan.

Tiada sebarang perubahan yang dijangka dibawakan, selain daripada grafik resolusi tinggi dan juga kemaskini pada antaramuka. Ini membolehkan pemain memainkannya pada resolusi tinggi dan kekal menikmati permainan strategi popular berkenaan.

Blizzard dijangka akan memperkenalkan StarCraft HD ini seawal bulan September akan datang ini. Permainan asal berkenaan dikatakan masih popular di kafe siber sekitar Korea Selatan sehingga ke hari ini.

Buat masa ini, Blizzard masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan laporan StarCraft HD ini.


TIPS & ULASAN