Selepas KickAssTorrents, Kini Torrentz Pula Menghentikan Operasi

Selepas KickAssTorrents, Kini Torrentz Pula Menghentikan Operasi

Diterbitkan pada Ogos 6, 2016 oleh .

Operasi menghentikan perkongsian fail secara haram kini meragut sebuah lagi laman perkongsian. Hanya beberapa minggu yang lalu KickAssTorrents disita dan pemiliknya kini ditahan oleh pihak berkuasa di Poland. Hari ini giliran laman carian Torrentz.eu pula menghentikan operasi. Laman enjin carian ini secara tiba-tiba berhenti memaparkan pautan ke fail torrent yang dicari dan turut memaparkan mesej selamat tinggal kepada pengguna.

Torrentz

Tidak diketahui sama ada mereka turut diancam oleh pemegang harta intelek sehingga menghentikan operasi. Sejak dua tahun kebelakangan ini pemegang harta intelek semakin agresif memburu laman dan individu yang berkongsi fail milik mereka secara haram. Ini juga berlaku di Malaysia dengan laman Jiwang.org menghentikan operasi pada tahun 2013. Laman manakah pula yang akan menerima nasib yang sama selepas ini?


TIPS & ULASAN