Asus Zenfone 3 Deluxe Hadir Dengan Sokongan Daydream VR

Asus Zenfone 3 Deluxe Hadir Dengan Sokongan Daydream VR

Diterbitkan pada Ogos 6, 2016 oleh .

Google pada acara Google I/O lepas telah mengumumkan inisiatif Daydream VR yang mana memfokuskan kepada sokongan realiti-maya. DayDream VR akan hadir pada kebanyakkan peranti Android, dan terkini di Malaysia, ia dilihat Asus Zenfone 3 Deluxe antara yang terawal hadir dengan sokongan berkenaan.

Asus Zenfone 3 Deluxe

Melalui DayDream VR, ia mengesahkan yang mana telefon pintar berkenaan hadir dengan sokongan sensor yang sepatutnya untuk memberikan pengalaman realiti-maya yang baik – disamping dilengkapi dengan prestasi CPU/GPU dan skrin yang paling minima. Google sendiri kelak melalui Android 7.0 Nougat akan menyediakan paparan antaramuka khusus Daydream ini bagi memudahkan pengguna menemui kandungan realiti-maya yang berkaitan.

Asus pada acara Zenvolution yang diadakan di Malaysia hari ini mengesahkan yang mana Asus Zenfone 3 Deluxe akan hadir dengan sokongan Daydream VR secara terbina. Ini mungkin dijangka ramai disebabkan oleh penawaran spesifikasi yang tinggi, termasuk Snapdragon 821 dan memori sehingga 6GB RAM.

Bagi anda yang meminati akan arena realiti-maya dan ingin menikmati kandungannya melalui telefon pintar anda, mungkin boleh memfokuskan untuk mendapatkan peranti dengan sokongan DayDream ini. Walaupun beberapa peranti lain yang mungkin menyokongnya, pengalaman realiti-maya mungkin tidak sama seperti DayDream.


TIPS & ULASAN