Cari @ Amanz

Pada siri telefon terkini Zenfone 3 yang diperkenalkan Asus Malaysia, Zenfone 3 Deluxe merupakan siri dengan penawaran spesifikasi tertinggi diantara kesemuanya. Boleh dikatakan ia merupakan flagship yang direka oleh Asus bagi menyaingi peranti flagship pengeluar lain.

Zenfone 3 Deluxe MY

Asus Zenfone 3 Deluxe yang hadir untuk pasaran tempatan menyertakan cip pemprosesan terkini iaitu Snapdragon 820 dan Snapdragon 821. Ia merupakan peranti terawal menggunakan cip yang berkuasa ini. Ia juga hadir dengan memori sehingga 6GB RAM LP DDR4 yang tidak terdapat pada siri Zenfone 3 yang lain, serta cip grafik Adreno 530.

Asus Zenfone 3 Deluxe juga hadir dengan sokongan NFC dan sokongan capaian LTE Cat 13. Kamera utama peranti ini juga mempunyai sensor pengimejan yang lebih tinggi, iaitu 23MP Sony IMX 318 dan turut menyertakan pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Storan pada Zenfone 3 Deluxe bermula 64GB sehingga 256GB dan boleh ditambah menggunakan kad Mikro-SD pada talam SIM hybrid peranti ini.

Asus Zenfone 3 Deluxe

Asus Zenfone 3 Deluxe

Zenfone 3 Deluxe untuk pasaran Malaysia akan dijual pada dua variasi bergantung kepada storan dan cip pemprosesan. Asus Zenfone 3 Deluxe dengan Snapdragon 820, memori 6GB RAM dan ruangan storan 64GB berharga RM2599, sementara Asus Zenfone 3 Deluxe dengan Snapdragon 821, memori 6GB RAM dan ruangan storan 256GB berharga RM3299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd