Cari @ Amanz

Selain dari tiga variasi utama yang telah diperkenalkan Asus untuk keluarga Zenfone 3, dua lagi variasi yang baru diumumkan selepas Acara Computex di Taipei adalah Zenfone 3 Laser dan Zenfone 3 Max. Ia hadir sedikit berlainan berbanding Zenfone 3, serta mempunyai kemasan berlainan namun spesifikasi yang berbeza pada beberapa komponennya.

Zenfone 3 Max MY

Asus Zenfone 3 Max merupakan variasi Zenfone 3 dengan kapasiti kuasa terbesar, iaitu bateri sebesar 4,100 mAh. Malah ia juga boleh digunakan sebagai powerbank, dan boleh mengecas peranti lain. Spesifikasi lain adalah sama seperti Zenfone 3, dengan 3GB RAM dan mempunyai ruangan storan 32GB serta pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Zenfone 3 Laser MY

Asus Zenfone 3 Laser pula merupakan penawaran Zenfone 3 dengan kamera yang lebih pantas. Kameranya menggunakan sensor pengimejan Sony IMX214 13MP Pixelmaster 3.0. Pemfokusan laser kamera ini hanya mengambil masa 0.03 saat menggunakan pemfokusan laser generasi kedua. Terdapat juga fungsi penstabil imej secara elektrikal (Electronic Image Stabilization – EIS) bagi memastikan kualiti rakaman yang bagus. Ia turut menyertakan spesifikasi lain yang terdapat pada Zenfone 3, seperti pengimbas cap jadi dan kemasan kaca 2.5D.

Asus Zenfone 3 Max dengan spesifikasi 3GB RAM dan storan 32GB akan dijual di pasaran tempatan pada harga RM 799 manakala Zenfone 3 Laser dengan 4GB RAM dan storan 32GB akan dijual pada harga RM 999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd