Asus Zenbook 3 – Komputer Riba Nipis Dan Berkuasa Kini Di Malaysia

Asus Zenbook 3 – Komputer Riba Nipis Dan Berkuasa Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 6, 2016 oleh .

Selain dari pengumuman peranti telefon pintar pada acara Zenvolution hari ini, Asus Malaysia turut mengumumkan komputer riba terbaru yang telah diperkenalkan pada Computex yang lalu. Asus Zenbook 3 merupakan komputer riba yang lebih nipis berbanding Macbook dan kini berada di pasaran tempatan.

Asus Zenbook 3 dicipta bagi mereka yang inginkan komputer riba yang lebih ringan, namun pada masa yang sama tidak ingin berkompromi dalam soal prestasi. Ia mempunyai ketebalan sekitar 11.9-mm dan seberat 900 gram, lebih nipis dan lebih ringan dari MacBook. Namun dari segi spesifikasi, ia menyertakan cip dan RAM yang jauh lebih berkuasa. Bagi pasaran tempatan, hanya satu variasi tersedia iaitu Intel Core i7 dan juga RAM sebesar 16GB. Storannya pula berasaskan SSD, dan mempunyai kapasiti sebesar 1TB.

Asus Zenbook 3

Zenbook 3 MY

Komputer riba yang nipis dan elegan ini akan dijual di pasaran tempatan pada harga RM 7,999 dan ditawarkan pada tiga warna berbeza iaitu warna biru, merah jambu emas dan juga kelabu. Anda boleh membelinya di cawangan kedai Asus seluruh Malaysia.


TIPS & ULASAN