Transformer 3 Pro – Komputer 2-Dalam-1 Daripada Asus Berharga RM 6,999

Transformer 3 Pro – Komputer 2-Dalam-1 Daripada Asus Berharga RM 6,999

Diterbitkan pada Ogos 6, 2016 oleh .

Melengkapkan penawaran peranti komputer di acara Zenvolution, Asus Malaysia turut mengumumkan peranti dalam keluarga Transformer mereka. Transformer 3 Pro dan juga Transformer 3 merupakan siri terbaru dalam keluarga ini, dan salah satu keunikannya adalah ia merupakan peranti dua-dalam-satu yang mempunyai fungsi berbeza.

Asus Transformer 3 Pro dicipta dengan bentuk dan sifat fizikal seakan-akan Surface 4. Malah ia juga mempunyai ‘kickstand’ nya yang tersendiri, membolehkan ia digunakan pada mod komputer riba. Ia juga sesuai digunakan sebagai tablet dan turut hadir dengan stylusnya tersendiri. Dari segi spesifikasi, Ia menyertakan USB-C dan Thunderbolt 3 dan menerusinya pengguna boleh menyambungkannya dengan pelbagai peranti lain, termasuklah paparan skrin bersaiz 4K.

Transformer 3 Pro

Transformer 3 Pro MY

Untuk pasaran tempatan, Asus Transformer 3 Pro akan menyertakan cip pemprosesan Intel Core i7 6500U, RAM sebanyak 16GB 1866 MHz LPDDR3, dan storan 512GB. Ia akan dijual pada harga RM 6,999 termasuklah dengan papan kekunci serta ASUS Pen yang boleh digunakan sebagai stylus.

Asus Transformer 3 pula merupakan peranti yang lebih kepada tablet, bagi menyaingi iPad Pro. Ia hadir dalam bentuk yang lebih nipis berbanding Asus Transformer 3 Pro, dan juga lebih ringan. Spesifikasinya pula menyertakan cip Intel Core 7, 4GB RAM, dan juga ruang storan 256GB. Ia akan dijual pada harga RM 3,199 dan turut disertakan dengan papan kekunci yang juga berfungsi sebagai sarungnya dan juga ASUS Pen.

Transformer 3

Transformer 3 MY

Dengan penawaran Transformer 3 untuk pasaran tempatan ini ia dilihat sebagai salah satu pilihan untuk pengguna yang menginingkan tablet pada saiz yang lebih besar.


TIPS & ULASAN