Cari @ Amanz

Pada permainan Pokemon Go, salah satu perkara yang tidak ada tetapi dinantikan ramai adalah sokongan sembang atau chat. Untuk mengatasinya, terdapat sejumlah aplikasi lain yang menyediakan fungsi bersembang dikalangan pemain Pokemon Go, dan salah satu yang popular adalah daripada Razer.

Razer Go

Seperti ramai sedia maklum, Razer adalah penyedia aksesori permainan video yang popular, dan turut menawarkan beberapa komputer riba dengan sokongan multimedia tinggi.

Aplikasi daripada mereka, dinamakan sebagai Razer Go, membolehkan pemain Pokemon Go bersembang antara satu sama lain, dan mengenali rakan-rakan baru menggunakannya. Razer Go ditawarkan secara percuma, dan memerlukan pengguna mendaftar akaun sebelum dapat menggunakannya.

Sebaik sahaja mendaftar, pengguna boleh memilih pasukan Pokemon Go mereka – sama ada Mystic, Valor atau Instinct – ataupun memilih tiada pasukan. Selepas itu, pengguna boleh mengawal jarak untuk bersembang dengan rakan-rakan daripada lokasi lain – sebagai contoh menetapkannya untuk bersembang dengan rakan-rakan sekitar 10 kilometer sekeliling anda.

Bagi anda yang memainkan permainan Pokemon Go, anda mungkin boleh mencuba aplikasi sembang ini yang hadir daripada pihak Razer.

Razer Go

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd