Jom Belajar Koding Di Perak Akan Diadakan Pada 27 Dan 28 Ogos 2016

Jom Belajar Koding Di Perak Akan Diadakan Pada 27 Dan 28 Ogos 2016

Diterbitkan pada Ogos 7, 2016 oleh .

Jom Belajar Koding atau ringkasannya JBK merupakan salah satu inisiatif yang diadakan dalam usaha mengalakkan lebih ramai pelajar mahupun siapa sahaja mempelajari asas untuk pengaturcaraan dan pembangunan web. Terkini, selepas berlangsung di Johor, siri seterusnya untuk Jom Belajar Koding akan diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2016 ini.

Program JBK ini ditujukan kepada mereka yang tiada asas dalam pengaturcaraan dan ingin mempelajari asasnya dalam masa dua hari. Seperti ramai sedia maklum, dengan perkembangan arena ICT pada masa kini, ilmu pengaturcaraan merupakan salah satu kemahiran asas yang penting dan diperlukan untuk pelbagai tujuan.

Bagi anda yang menetap di Perak, anda boleh menyertai Jom Belajar Koding Perak ini pada 27 dan 28 Ogos ini. Ia akan berlangsung sekitar Seri Iskandar Perak.

Anda boleh mendaftar sekarang di laman rasmi JBK hari ini, dan menerima notifikasi untuk lokasi akhir program ini, sekaligus mempelajari ilmu asas pengaturcaraan secara percuma hari ini.

Jom Belajar Koding

Daftar : Jom Belajar Koding Perak


TIPS & ULASAN