Kesemua Isu Majalah Nintendo Power Kini Boleh Dibaca Percuma Di Atas Talian

Kesemua Isu Majalah Nintendo Power Kini Boleh Dibaca Percuma Di Atas Talian

Diterbitkan pada Ogos 8, 2016 oleh .

Sekiranya anda seorang gamer tua, majalah Nintendo Power ialah “kitab” yang harus dibeli setiap bulan bagi mendapatkan tips dan kod mengelat untuk permainan Nintendo terkini. Sebelum adanya internet majalah permainan seperti ini ialah satu-satunya sumber untuk mendapatkan berita permainan yang sudah dijual atau bakal dijual. Majalah ini mula dijual pada tahun 1988 sebelum dihentikan pada tahun 2002. Kepada yang ingin bernostalgia, kesemua 145 isu Nintendo Power kini boleh dibaca dengan lengkap di atas talian.

Nintendo-Power-1

Paling menarik ia boleh dibaca dan dimuat turun secara percuma menggunakan pelbagai peranti pintar sedia ada. Semasa kami muda belia dahulu majalah ini kami beli setiap bulan walaupun dijual pada harga yang agak mahal (sekitar RM 15 pada dekad 90an). Hampir kesemua majalah yang dibeli kini sudah dimakan anai-anai kerana disimpan di dalam kotak kadbod. Membaca semula isu khas untuk Super Mario Brothers 3, Ninjad Gaiden, Golden Eye, Perfect Dark dan Turok membuatkan kami terasa seperti menggunakan mesin masa. Kepada yang tidak pernah membaca Nintendo Power, ini masa yang tepat untuk melihat evolusi grafik permainan video. Pautan arkib Nitento Power adalah seperti di bawah.


TIPS & ULASAN