Yuneec SkyView – Kaca Mata Menerbangkan Dron Dari Pandangan Pertama

Yuneec SkyView – Kaca Mata Menerbangkan Dron Dari Pandangan Pertama

Diterbitkan pada Ogos 8, 2016 oleh .

Dron semakin popular di Malaysia walaupun dijual pada harga yang agak mahal. Ketakutan utama pemilik dron ialah ditimpa kemalangan ketika melakukan penerbangan. Oleh itu kemampuan menerbangkan dron dengan baik adalah perlu bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dengan hobi mahal ini. Menerbangkan dron menjadi sukar kerana kawalan dilakukan dengan mendongak ke atas. Dengan kaca mata SkyView, Yuneec cuba memudahkan proses menerbangkan dron.

Yuneec-SkyView-2

Kaca mata ini mempunyai skrin sebesar 5″ beresolusi 720P dengan sudut pemandangan 75.5 darjah. Ia sesuai digunakan untuk menerbangkan dron Typoon H dan Typhoon H920 keluaran mereka. Apabila dipakai. SkyView membolehkan juruterbang melihat dari pandangan mata dron yang dikawal. Apabila tidak digunakan untuk mengawal dron, ia boleh juga digunakan untuk menonton video. Yuneec SkyView dijual pada harga  $249.99 (~RM1010) sebuah.


TIPS & ULASAN