Jimat Ketika Membeli Gajet Di Karnival IT Secara Atas Talian Yang Dianjurkan Shopback

Jimat Ketika Membeli Gajet Di Karnival IT Secara Atas Talian Yang Dianjurkan Shopback

Diterbitkan pada Ogos 9, 2016 oleh .

Dulu pabila tibanya acara karnival IT dan musim jualan peralatan gajet, pasti ramai yang akan menghadirkan diri ke pusat membeli-belah untuk tidak melepaskan peluang membelinya. Namun seiring dengan arus pemodenan, terdapat juga karnival IT atas talian dan bermula hari ini, Shopback akan mengadakannya untuk pengguna tempatan.

IT-Fair_568x494

Shopback merupakan startup yang menawarkan pulangan wang tunai keatas pembelian yang dilakukan menerusi kedai atas talian pada halaman mereka. Pelanggan boleh memilih lebih dari 500 kedai atas talian yang tersedia, dan terdapat pulangan tunai yang akan diberikan untuk setiap pembelian. Hal ini berlainan dari promosi berasaskan kupon, dimana wang tunai yang diberikan semula kepada pembeli boleh dipindahkan kedalam akaun bank, jadi pengguna boleh terus menggunakannya untuk pembelian lain.

Bersempena dengan karnival IT atas talian ini, 10 penjual di Shopback menawarkan pulangan tunai pada kadar yang pelbagai. Lazada menawarkan pulangan tunai sehingga 12%, Cameralah.com dan GameOn dengan kadar sehingga 3.5% malah jenama besar seperti HP turut menawarkan pulangan tunai sebanyak 4%. Sesetengah kedai atas talian juga menerima penggunaan kupon promosi, sekaligus memberikan lebih banyak keuntungan kepada pengguna.

screenshot_1332screenshot_1331Contohnya jika anda membeli laptop HP pada tempoh promosi ini, anda boleh menggunakan kupon ‘MY10ALL’ yang memberikan diskaun 10%. Pembelian laptop HP Elite x2 yang asalnya berjumlah RM 5,299 akan menerima potongan harga RM 529, menjadikan harganya RM 4769.10. Dari jumlah pembelian ini, 4% ( RM 190.76) akan dipulangkan semula kepada akaun anda sekaligus menjadikan harga sebenar laptop ini untuk dimiliki hanyalah serendah RM 4,578.34. Bayangkan penjimatan sekitar RM 721 yang telah diperoleh untuk memiliki laptop ini.

Karnival IT atas talian ini hanyalah untuk tempoh terhad, iaitu sehingga 14 Ogos 2016. Khusus untuk pembaca Amanz, anda juga boleh mendapatkan tambahan RM 10 dengan hanya meletakkan kod referral ’Amanzmy’ jika anda menggunakan aplikasi Shopback, atau mendaftar di halaman khusus yang disediakan mereka. Untuk tempoh terhad sehingga 1 September, sekiranya anda melakukan pembelian bernilai serendah RM 25, anda juga berpeluang memenangi percutian 3 hari-2 malam di Club Med Cherating, Pahang bernilai RM 3,000.

Beli: Shopback IT Fair

Daftar: Shopback x Amanz

Penafian: Advertorial dari Shopback


TIPS & ULASAN