Cari @ Amanz

Apple dijadualkan untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka pada bulan September kelak, dan seperti biasa, satu demi satu perkara baru pada telefon pintar berkenaan mula diketahui. Terkini, laporan baru hadir berkongsi mengenai butang Home baru pada telefon pintar berkenaan.

Butang Home pada iPhone 7 kelak dikatakan akan menawarkan tindak balas berbentuk haptik berbanding hanya klik sahaja seperti pada telefon pintar ini. Secara kasar, ia akan memberikan pengalaman seumpama pada bahagian trackpad di MacBook terbaru.

Disamping itu, laporan baru Bloomber turut menyentuh mengenai sistem dwi-kamera pada iPhone 7. Ia dikatakan dua sensor ini akan merakamkan gambar dengan maklumat warna yang berbeza, sekaligus mengabungkan kedua-dua data menjadi satu gambar. Perkara ini sekaligus menawarkan gambar yang lebih jelas dan tajam, termasuk ketika dirakamkan pada keadaan cahaya malap.

Replika iPhone 7 Plus

Namun, fungsi dwi-kamera ini hanya dijangka hadir pada iPhone 7 bersaiz besar sahaja, sementara versi biasa akan menawarkan hanya satu kamera sahaja.

Apple iPhone 7 juga bakal membuang sokongan audio-jack, dan dijangka akan menempatkan ruangan speaker yang lebih besar, sekaligus menawarkan kualiti audio yang baik.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Apple kelak yang dijangka diadakan pada bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd