Cari @ Amanz

MacBook Pro Akan Datang Dijangka Menyertakan Sokongan Touch ID Pada Butang Kuasa

Oleh Aman

Link Copied!

Desas-desus berkenaan integrasi pengimbas cap jari pada butang kuasa MacBook Pro telah kedengaran beberapa kali sebelum ini, dan kini laporan baru hadir, mengatakan sekali lagi yang mana Apple akan menyertakan ia pada MacBook Pro akan datang.

Seperti ramai sedia maklum, Apple telah memperkenalkan sokongan Apple Pay pada macOS Sierra sebelum ini, dan pengenalan sokongan ini mungkin memudahkan lagi proses pembayaran – disamping mempercepatkan log masuk komputer dengan pantas.

Apple sendiri telah sekian lama tidak mengemaskini komputer riba mereka, dan kemaskini baru daripada Apple ini semestinya dinantikan ramai pengemar komputer. Disamping pengimbas cap jari, Apple juga turut dijangka menyertakan bar OLED pada bahagian papan kekunci, disamping melengkapkan MacBook Pro dengan port USB Type-C yang menyokong Thunderbolt 3.


Komen ()