Huawei Melancarkan Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak

Huawei Melancarkan Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak

Diterbitkan pada Ogos 9, 2016 oleh .

Teknologi tidak terhad penggunaannya kepada had umur tertentu. Peranti pintar kini digunakan kanak-kanak berumur setahun hinggalah nenek tua berumur sembilan puluh tahun. Oleh itu tidak mengejutkan apabila peranti yang mensasarkan golongan tertentu dihasilkan. Hari ini Huawei melancarkan jam tangan pintar khas untuk kegunaan kanak-kanak.

Huawei-Jam-Tangan-Pintar-2

Jam tangan pintar ini dilengkapi skrin 1.3 inci PMOLED dengan rekaan watak popular Mickey Mouse, Minnie Mouse, Frozen dan Captain America. Ia turut dilengkapi GPS, pedometer dan accelerometer. Panggilan telefon turut boleh dilakukan dengan tambatan kepada peranti Android ataupun iOS. Fungsi pengesan kedudukan memudahkan ibu bapa mencari anak mereka pada setiap masa. Terdapat juga butang SOS yang boleh ditekan apabila berlaku kecemasan. Bateri sebesar 300 mAh yang digunakan mampu bertahan selama satu setengah hari. Akhir sekali ia mempunyai tahap kalis air IP55. Jam tangan pintar ini dijual pada harga RMB 688 (~RM 416).


TIPS & ULASAN