Cari @ Amanz

Prisma ialah aplikasi suntingan gambar yang popular. Dengan mudah gambar biasa yang ditangkap secara semberono boleh diubah menjadi karya seni moden. Masalah utama Prisma selepas diperkenalkan pada platform Android ialah tempoh masa yang lama untuk menanti gambar diproses. Kemas kini ke versi 1.1 memperbaiki masalah kelembapan dan menambah kawalan ke atas gambar yang diproses.

Prisma-Kemas-Kini

Gambar kini boleh diputar dan dipotong mengikut kehendak pengguna. Masa untuk gambar diproses kini dipercepatkan dan pengguna boleh mengawal peratusan penuras yang dikenakan ke atas gambar asal. Ini dilakukan dengan menatal jari ke kiri atau kanan di atas gambar yang telah diproses. Kami baru mencuba aplikasi ini selepas kemas kini dan nyata tempoh memproses jauh lebih pantas. Kemas kini seterusnya bakal membawa fungsi suntingan video dan lebih banyak penuras.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd